Di Silverspoon International College (SSiC), bilik kuliah dan dapur kami dilengkapi sepenuhnya dengan peralatan latihan moden. Kami memastikan pelajar kami mendapat pendidikan dengan peralatan dapur industri terkini dan terbaik untuk persiapan pada pekerjaan masa hadapan mereka.
SSiC adalah kolej masakan terbaik yang ditempatkan secara strategik di sebuah bangunan 3 tingkat yang telah diubahsuai dan ianya terdiri daripada kemudahan canggih, dengan 6 buah dapur komersial yang lengkap termasuk pastri & kulinari (Escoffier, Careme, Cannoli, & Panettone Guacamole, Mezzes) dan restoran latihan Cafe 65˚C.
Dapur persembahan moden – Chef Zam @ Work, telah direka secara eksklusif untuk menjalankan bengkel jangka masa pendek kulinari & pastri pada hujung minggu, pembangunan pasukan korporat R&D, penggambaran program TV dan komersil.
Di samping kemudahan yang direka dengan seni yang menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif, Kolej kami juga menyediakan pusat sumber berkomputer dengan sambungan internet jalur lebar percuma, surau, loker pelajar, tandas / bilik mandi, ruang duduk pelajar, dan lain-lain.