Silverspoon International College (SSiC) ditubuhkan pada tahun 2010 dengan menyediakan latihan vokasional dalam kursus Seni Kulinari dan Pastri dan latihan ini telah mendapat kelulusan dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia, Malaysia.
Semua program melibatkan hubungan rapat dengan beberapa kementerian yang ada di Malaysia seperti Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Kementerian Belia & Sukan serta industri perhotelan. Program-program yang ditawarkan adalah berdasarkan standard yang dibangunkan dengan teliti bagi memenuhi Piawaian Kemahiran Pekerjaan Nasional (NOSS), yang disahkan oleh badan Kerajaan. Ianya telah dibangunkan oleh pakar-pakar industri terkemuka dari dalam dan luar negara.