RAMADHAN 2020

Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan keberkahan, Allah s.w.t  mengunjungimu pada bulan ini dengan menurunkan rahmat, menghapus dosa-dosa dan mengabulkan doa. Allah s.w.t melihat berlumba-lumbanya kamu pada bulan ini dan membanggakanmu kepada para malaikat-nya, maka tunjukkanlah kepada Allah s.w.t hal-hal yang baik dari dirimu, kerana orang yang sengsara ialah yang tidak mendapatkan rahmat Allah s.w.t di bulan ini.” (HR At-Thabrani).

Sabda Rasulullah SAW:

Setiap amal yang dilakukan anak Adam adalah untuknya, dan satu kebaikan dibalas sepuluh kali lipatnya bahkan sampai tujuh ratus kali lipat. Allah Ta’ala berfirman: “Kecuali puasa, itu untuk-Ku dan Aku yang langsung membalasnya. la telah meninggalkan syahwat, makan dan minumnya kerana-Ku.” Orang yang berpuasa mendapatkan dua kesenangan,iaitu kesenangan ketika berbuka puasa dan kesenangan ketika berjumpa dengan Tuhannya. Sungguh, bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada aroma kasturi.” (HR Bukhari dan Muslim).

TAKWIM RAMADHAN SSiC 2020

LAFAZ NIAT PUASA HARIAN

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-‘i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala

Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala


LAFAZ NIAT PUASA SEBULAN

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala

Maksudnya: Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala


DOA BERBUKA PUASA

اللهم لك صمت وبك آمنت وعلى رزقك أفطرت برحمتك ياأرحم الراحمين

Allahumma laka shumtu wa bika amantu wa‘alaa rizqika afthartu birahmatika yaa arhamarroohimiin

Maksudnya : Ya Allah, bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau aku beriman, dengan rezeki Engkau aku berbuka, dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang

Di Saat Dunia Sedang Berduka Dengan Wabak Yang Melanda, Hadirnya Sinar Bulan Yang Mulia,

Keberkatan Ramadhan Sentiasa Di Nanti-Nanti, Moga Ramadhan Kali Ini Dapat Kita Semua Hayati,

 

SALAM RAMADHAN AL MUBARAK

SETULUS IKHLAS DARI KAMI WARGA SILVERSPOON INTERNATIONAL COLLEGE

KOLEJ SENI KULINARI DAN SENI PASTRI