Kek Buah Kukus

Acar Rawit Telur Puyuh & Limau Kasturi Chef Zam

Bahan-bahan:

Minyak masak
Bawang merah kisar
Bawang putih kisar
Halia kisar
Cili kisar
Belacan
Air
Sunquick lemon/air asam Jawa/cuka
Gula Melaka
Garam
Bawang merah- dikupas
Bawang putih- dikupas
Telur burung puyuh- direbus, kupas & goreng hingga kekuningan
Limau kasturi- dibelah dua & buang bijinya
Cili padi merah & hijau

Kaedah:

  1. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan kisar bersama belacan hingga naik bau & pecah minyak.
  2. Masukkan sedikit air, Sunquick lemon/air asam Jawa atau cuka, gula Melaka & garam secukup rasa
  3. Masukkan bawang merah & bawang putih yang dikupas. Renihkan selama beberapa minit hingga bawangnya sedikit lemau.
  4. Masukkan telur burung puyuh, belahan limau kasturi & cili padi. Masak hingga kuahnya pekat.