Kuih Tepung Kapur Terengganu

Bahan-bahannya:-

3 cawan tepung gandum
2 cawan air
1/2 keping gula melaka
1 sudu kecil kapur sireh
air secukupnya
kelapa parut
garam secukup rasa

Cara-caranya:-

1. Masakkan gula melaka dengan air sehingga cair dan sejukkan.
2. Masukkan air gula melaka tadi ke dalam tepung gandum sedikit demi sedikit & dikacau sebati.
Pastikan adunan tidak terlalu cair atau terlalu pekat.
3. Masukkan kapur sireh yang dibancuh bersama sedikit air dan sedikit garam.
4. Tapis dan masukkan ke dalam plastik putih yang tahan panas serta diikat rapi. Rebus selama 30 minit atau sehingga masak.
5. Sejukkan dan potong nipis-nipis dengan menggunakan pisau yang diletakkan minyak (supaya tidak melekat pada pisau ) dan potong dengan bentuk sederhana kecil (ikut citarasa sendiri)
6. Campurkan kelapa parut bersama sedikit garam dan gaulkan dengan kuih yang dipotong tadi. Enjoyyy!